Harga teras gaharu yang berkualiti di Pasaraya ternama Saudi Arabia 50,000 RS/Kg.

Percaya atau tidak, Tanam gaharu boleh jadi jutawan. Seseorang itu boleh menjadi jutawan hanya dalam tempoh sekurang-kurangnya tujuh tahun jika menanam sebanyak 400 pokok gaharu di kawasan seluas 0.4 hektar atau 1 ekar tanah. Itu hakikat yang menjadi fenomena hari ini. Ramai orang bercakap pasal gaharu. Tidak kurang juga yang menafikannya. Mana ada tanaman boleh jadi kaya. Itu hanyalah dakyah pengusaha anak benih gaharu. Mana ada bukti hanya dengan menanam gaharu orang jadi kaya. Mustahil!.mustahil!…Ramai dah yang terkena.

Lantaklah nak percaya ke tidak. Memang begitulah orang kita, kena tengok orang lain Berjaya dahulu baru nak buat. Masih saya ingat diawal 2005 dahulu orang pandang sinih bila kita buat rumah burungwalit, kata mereka orang islam haram makan hasil jualan sarang burung. Nijis kata mereka… astaga… Hari ini sana sini orang buat sarang burung. Sarang banyak burung pulak tak berapa ramai. Entahlah tak faham saya sikap orang kita.

Apa tak kayanya orang tanam gaharu kerana khabarnya harga cukup mahal. Lebih mahal dari harga emas. Ini bermakna, berdasarkan harga pasaran, setiap pokok gaharu yang berusia antara tujuh hingga sepuluh tahun mempunyai nilai antara RM5,000 hingga RM20,000 sepokok.


Sememangnya pokok gaharu mempunyai nilai yang sangat tinggi dan ia merupakan faktor utama mengapa David Ho Kwan Meng dari Gopen sanggup berbelanja besar mengusahakan ladang gaharu pertama di negara ini. …. Dalam buletin utama TV3 hari itu ladang di Gopen itu mempunyai 20,000 pokok gaharu. Manakala dikatakan harga teras gaharu mencecah sehingga RM17,000 sekg.

Pada masa yang sama, daun-daun pokok gaharu boleh dijadikan produk teh hijau yang kini menjadi kegemaran ramai kerana mempunyai aroma yang menyegarkan selain rasanya yang cukup lazat. Menurut David, minyak kayu gaharu juga boleh dijadikan sebagai bahan menghasilkan kosmetik kecantikan. Katanya, tidak cukup dengan itu akar-akar kayu pokok gaharu ini pula boleh dijadikan produk ubat-ubatan.

”Sebab itulah pokok gaharu ini mempunyai nilai yang sangat tinggi. Malah nilai sebatang pokok gaharu boleh mencecah sehingga RM3 juta ringgit jika mempunyai minyak yang banyak. ”Namun kebiasaannya pokok gaharu yang bernilai jutaan ringgit itu berumur antara 20 hingga 30 tahun dan dari jenis baka yang baik,” katanya.

Siang tadi saya dikunjungi oleh seorang Dato’ , beliau pernah menjadi ahli Lembaga Pengarah anak syarikat Tabung Haji. Kini bergiat aktif dalam perniagaan. Beliau juga pernah menjadi EXCO Kerajaan Negeri Terengganu. Beliau baru pulang dari menunaikan umrah. Kedatangan beliau membawa buah tangan kepada saya, minyak wangi berjenama “ Aljefri Oud” Made in France. Melihat pada bungkusannya tentunya mahal. Beliau membelinya di pasaraya ternama di Jedah, Arab Saudi. Terima kasih diucapkan.

Rupa-rupanya beliau tidak tahu saya terlibat dengan industri gaharu. Saya sengaja tidak memberitahu beliau tentang gaharu. Dibiarkan beliau bercerita kepada saya tentang minyak wangi “OUD” ini. Oud adalah gaharu ia sememangnya digemari oleh orang Arab. Kata beliau wangian oud ini bukan sekadar wangian untuk pakaian, tetapi digunakan juga wangian untuk makanan dan minuman. Digunakan juga oud ini dalam teh dan juga kopi. Orang Arab memang mengemarinya. Cukup mahal katanya.

“ Awak tahu Jahani, saya tengok sendiri di kedai yang saya beli Aljefri Oud ini. Satu paket kayu gaharu yang dibungkus special harganya 50,000 sekilo (Rial Arab Saudi), “ Wau… kata saya terperanjat. Kalau kita ada 1 kg teras gaharu, pergi jual disana kaya kita Jahani . Sambung Dato’ itu lagi.

Keghairah beliau menceritakan kepada saya tentang oud menyebabkan saya tidak boleh berahsia lagi dengan beliau tentang keterlibatan saya dalam industri gaharu ini. Akhirnya beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada saya. Hebat-hebat katanya mengakhiri perbualan…… Menunggu masa untuk Dato’ menanam gaharu secara besar-besaran. Sememangnya beliau mempunyai tanah.

About these ads

Posted on 21 April, 2011, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: