Monthly Archives: January 2011

Keperluan rumah monyet dalam rekabentuk rumah burung walit yang baru dibina.

Terdapat banyak jenis Rumah Burung Walit yang dibangunkan. Jenis RBW yang paling popular ialah RBW yang mempunyai rumah monyet diatasnya. Saiz rumah monyet berbagai-bagai antaranya 10’X10’ , 10’X20’, 12’X15, 8’X6’ ketinggian antara 6’ hinnga 10’ biasanya terletak disebelah kanan atau kiri RBW.

Persoalannya apakah rumah monyet ini perlu dan ianya suatu kemestian. Rumah monyet di buat dengan berbagai alasan dan pertimbangan antaranya ialah kerana ikut ikutan, bila melihat kebanyakan RBW yang dibangunkan terdapat rumah monyet. Maka orang lain juga akan ikut sama. Secara kebetulannya pula RBW yang memiliki rumah monyet sangat berjaya. Secara logitnya pula kedudukan rumah monyet yang tinggi memberi kemudahan kepada burung walit untuk masuk ke RBW. Daripada jauh ia sudah nampak rekabentuk tersebut jadi ia lebih mudah dikenali walit.

Diharapkan walit mudah mencari lubang masuk. Adalah diharapkan juga lubang masuk lebih tinggi apabila kita mempunyai wang hanya cukup untuk membangun 1-2 tingkat sahaja, sehingga perompak dan pencuri akan lebih sukar untuk menyelinap masuk melalui rumah monyet ini sedangkan walit baru tidak takut untuk masuk kerana telah biasa menemui RBW seperti ini.

Faktor berlumba-lumba untuk memiliki RBW yang lebih tinggi kerana percaya bahawa RBW yang lebih tinggi lebih mudah dimasuki oleh walit. Keperluan rumah monyet untuk mengelakan pencahayaan langsung kedalam nesting room kerana bila walit masuk ia akan menuju terus kelantai berikutnya . Lantai dibawah rumah monyet lebih tersembunyi dan ia digemari oleh burung walit untuk bersarang.

Perlu diingat bahawa ketika pertama kali walit masuk ke lubang masuk, walit akan cenderung terbang mengarah ke atas karena insting untuk mencari kawasan yang harmoni dan aman. Bagi walit yang sudah dewasa tidak begitu ada masalah, karena setelah faham keadaan rumah monyet, sebagian akan dapat turun kelantai berikutnya.

Ingat , jika rumah monyet ini terlalu kecil akan mengakibatkan walit akan terlanggar dinding dan akan mati kemalangan.

Mengatasi masalah pemangsa dalam rumah burung walit.

Ancaman atau ganguan yang selalu terdapat didalam rumah burung walit. Apakah musuh-musuh tersebut dan bagaimana untuk mengatasinya.

Masalah terbesar RBW ialah manusia. Pencuri atau perompak adalah pemangsa utama. Pencuri sarang burung walit bukan pencuri biasa. Mereka adalah profesional. Mereka bukan sahaja datang dengan kereta mewah tetapi dengan peralatan canggih juga. Membawa alat pemotong gas untuk memecah masuk pintu besi. Oleh itu pintu besi seharusnya dilapisi dengan plywood tebal didalamnya supaya pemotong gas ini tidak berfungsi. Didalam rumah walit seharusnya tidak ditinggalkan tangga yang memudahkan pencuri memungut sarang. Pencuri juga boleh masuk melalui lubang masuk burung mengunakan tali ala spiderman. Oleh itu design lubang masuk seharusnya menyulitkan pencuri memboloskan diri melalui lubang ini.

Bila mengupah pengawal keselamatan hendak terdiri dari mereka yang mempunyai integriti dan berkebolehan. Jika mampu disarankan juga pemilik RBW menggunakan kaedah kebatinan untuk tujuan tersebut.

Pemangsa semulajadi bagi burung walit terdapat dalam dua keadaan. Pertama pemangsa anak-anak burung dan induknya. Kedua adalah pemangsa sarang burung walit. Cicak, lipas, dan semut adalah pemakan sarang burung walit. Ini dapat diatasi dengan pengunaan racun dan membersihkan tempat pembiakan pemangsa ini. Tikus adalah masalah utama kepada rumah walit yang bersambung dengan rumah kediaman. Penggunaan racun tikus dapat membantu masalah ini. Tetapi belum tentu terjamin kerana lama-kelaman racun tidak lagi dimakan oleh tikus rumah. Penutupan lubang kecil yang mungkin dapat dibolosi oleh tikus adalah kaedah yang terbaik. Bagi RBW yang dindingnya dilapisi oleh polisterin perlu berhati-hati kerana tikus dapat menyelinap dalam polisterin ini.

Helang, sesewah, burung hantu, biawak, ular adalah pemangsa burung yang sukar dikawal. Cara terbaik untuk mengawalnya ialah dengan menembaknya menggunakan pemburu upahan. Pemangsa ini perlu dijauhi dari kawasan rumah burung walit. Bagi mengatasi biawak tidak ada masalah sangat. Rumah burung boleh di tanpal dengan zink atau aluminium dikelilingnya agar biawak tidak boleh memanjat melalui dinding.

Industri burung walit adalah perladangan yang mesra alam dan berkonsepkan industri hijau

Industri walit bukan satu industri yang baru di Malaysia, namun sejak kebelakangan ini, penuaian sarang burung ini telah diusahakan secara besaran-besaran dan memberi pulangan yang menguntungkan. Dalam tempoh lebih sedekad ini, pengusaha-pengusaha telah menerokai kaedah-kaedah dan teknologi-teknologi baru dalam industri ini untuk mempertingkatkan pengeluaran. Ianya perladangan yang mesra alam dan berkonsepkan industri hijau.

Di Malaysia, sarang Burung Walit telah menjadi antara eksport komoditi utama pertanian. Sehingga akhir tahun 2007 dianggarkan terdapat lebih dari *20,000 premis (berdaftar) burung ini di Malaysia.Premis yang tidak berdaftar dijangkan lebih 2 kali ganda lagi. Adalah dijangka angka ini bertambah seiring dengan pertambahan pengetahuan pengusaha dan orang ramai tentang industri ini.

Anggaran harga sarang burung mentah sekilo dipasaran adalah diantara RM3000.00 – RM7500.00 dan boleh mencapai harga antara RM10,000-RM18,000 untuk yang telah siap diproses.

Penuaian sarang burung ini juga kini menjadi antara yang terbesar di kalangan negara-negara Asia Tenggara selain Indonesia. Permintaan bagi pasaran sarang burung banyak diterima dari negara-negara asia seperti Taiwan, China, Hong Kong dan Singapura.

Potensi Industri Sarang Burung Walit

1. Kelulusan  Pihak Kerajaan

2. Pengeluaran Lesen

3. Penglibatan Agresif Pihak Swasta

4. Permintaan Melebihi Penawaran

5. Harga Sarang Burung Sangat Mahal

6. Modal Sekali : Untung Selama-Lamanya

7. Tambah Nilai Hartanah (Rumah Burung Walet)

8. Terdapat Di Kawasan Asian Sahaja

9. Pembiakan Secara Semulajadi

10. Daya Saing Sama Antara Bumiputera Dan Bukan Bumiputera

11. Komitmen Paling Minima

12. Risiko Hampir ’O’

13. Keuntungan 90% Dari Perolehan

Penghasilan gaharu untuk minyak. Rencana dari KOSMO yang patut anda baca.

RM420 untuk setiap 12 gram

Mazalan Mohamed dari Gua Musang menjual minyak gaharu pada harga RM420 untuk 12 gram di pasaran Dubai dan Bahrain.
TATKALA menaip perkataan ‘gaharu’ di laman web, bersusun alamat laman web dari Indonesia pada skrin komputer. Masing-masing mempromosikan minyak gaharu atau lebih dikenali sebagai agarwood oil di peringkat dunia.

Minyak yang menghasilkan aroma yang mewangi ini mendapat permintaan yang amat tinggi di Timur Tengah, terutamanya Arab Saudi dan Dubai, berikutan adat masyarakat di sana yang gemarkan wangi-wangian. Ia sama ada dicampur dengan minyak lain untuk menghasilkan minyak wangi atau minyak atar, atau dijual tulen.

Malaysia sebaliknya lebih cenderung untuk mengeksport hasil kayu ini dalam bentuk kepingan kayu karas atau damar gaharu berbanding minyak yang diekstrak.

Malah sehingga tahun 1997, Lembaga Perkayuan Malaysia (MTC) melaporkan bahawa negara ini pernah mengeksport gaharu dalam bentuk kepingan bernilai lebih RM50 juta dalam tempoh lima tahun.

“Saya sudah terlibat dalam perniagaan karas-gaharu ini sejak 18 tahun lalu. Tujuh tahun pertama saya mulakan dengan menjual kepingan kayu karas dan damarnya sahaja, sama ada ke pasaran Thailand ataupun tempatan.

“Tetapi setelah melihat cara kayu-kayu ini diproses serta pulangan yang cukup lumayan daripada penjualan minyaknya, saya memutuskan untuk pergi lebih jauh,” ujar Mazalan Mohamed, 40, yang ditemui di kilang memproses minyak gaharunya yang terletak di Kampung Star Baru, Gua Musang, Kelantan.

Mazalan turut beroperasi tanpa orang tengah, selain mengubah pendekatan perniagaan dengan menjual minyak gaharu berbanding sekadar kepingan kayu karas.

Jika sebelum ini Mazalan hanya memenuhi permintaan Thailand dan tempatan, kini minyak gaharu keluaran PMW Enterprise sudah berada dalam pasaran Dubai, Arab Saudi dan Bahrain.

Menjenguk kilang-kilang pemprosesannya, bahang yang berkuap di dalam dirian sederhana itu tidak sedikit pun melunturkan semangat krew EKSTRA untuk meninjau lanjut.

Kedatangan yang disambut dengan pemandangan dua wanita berusia yang sedang mencincang kepingan kayu karas yang memenuhi ruang lantai menambah lagi keinginan untuk meneroka.
Biarpun bertubuh kurus dan sudah berusia, kedua-dua wanita ini pantas saja melakukan kerja. Sekali-sekala melemparkan senyuman ke arah kami, tangan mereka terus menghentak parang dalam genggaman.

Potongan kayu karas itu kemudiannya dimasukkan ke dalam sebuah mesin pengisar yang berdiri tegap di satu sudut. Kongsi Mazalan, mesin itu berharga tidak kurang daripada RM12,500 sebuah.
“Hasil kisaran kemudiannya diperam di dalam air selama dua minggu. Selepas itu ia akan dikeringkan. Untuk karas gred rendah, kami asingkan untuk dijual bagi membuat colok.

“Hasil daripada karas gred bermutu lebih tinggi akan dimasak di dalam dapur antara lima hingga 10 hari, bergantung kepada gred, untuk mengekstrak minyaknya,” jelas anak kelahiran Kampung Chasi, Tok Uban, Pasir Mas, Kelantan ini.

Bahagian pemprosesan yang menggunakan teknologi yang ‘diimport’ dari Thailand ini memperlihatkan 60 dapur berbaris panjang dengan setiap satunya dilengkapi tong gas sendiri. Kata Mazalan, kos keseluruhan pembinaan dapur ini ialah RM50,000.

“Satu pusingan memasak serbuk kayu karas untuk gred C rendah, yang mengambil masa lima hari, menghabiskan sehingga dua tong gas 16.5 kilogram.
“Tetapi untuk gred C tinggi dan ke atas yang dimasak sehingga 10 hari, empat tong gas yang sama diperlukan,” tambah bapa kepada empat orang anak ini.

Selepas lima hari, minyak gaharu akan terkumpul di dalam tabung suling dan terapung di lapisan atas permukaan air. Ekstrak ini akan ‘dikutip’ pada setiap lima hari mengikut jadual yang ditetapkan.
Mendirikan tiga buah kilang, dengan sebuah di Bukit Beruntung, Selangor, Mazalan berkata pemprosesan dijalankan 24 jam sehari. Ini kerana jika api dapur dimatikan, proses pemanasan akan menggunakan lebih banyak gas dan memakan masa.

Untuk tujuan eksport, Mazalan menyimpan minyak gaharu yang telah dikumpul ke dalam botol aluminium bermuatan 1.2 liter. Dalam sebulan, dapur itu dapat menghasilkan enam botol aluminium minyak gaharu.
“Minyak ini dijual pada harga RM420 setiap 12 gram, iaitu menyamai satu botol tolal.

“Kami dapat menjual pada harga ini kerana kami dapat menyediakan minyak gaharu yang pekat sebagaimana diminta pembeli,” katanya yang menjelaskan, semakin pekat minyak gaharu, semakin tinggi nilainya.

Sebuah artikel dari Berita Harian berkaitan gaharu yang patut anda baca.

KERATAN AKHBAR BERITA HARIAN 12.09.2010
NadiBiz: Konsesi Utama pelopori industri produk kayu gaharu
Oleh Shahrizan Salian shahrizan@bharian.com.my 2010/09/12

Syarikat diterajui Norazlan miliki kilang di Padang, Indonesia, dapat geran RM500,000 buat penyelidikan KOMODITI ini terkenal di seluruh dunia dengan pelbagai panggilan, Chen Xiang bagi masyarakat Cina, Jin-Ko (Jepun) dan Oud atau Oode di kalangan bangsa Arab.

Kayu gaharu – termasuk di dalam genus Aquilaria adalah antara khazanah tumbuh-tumbuhan di Malaysia yang mempunyai permintaan tinggi dari luar negara. Secara keseluruhan terdapat lapan jenis pokok gaharu di dunia tetapi di Malaysia hanya ada empat jenis iaitu Karas, Candan Gajah, Candan Gunung dan Cendana.

Sekilogram kayu gaharu jenis karas dianggarkan bernilai di antara RM5,000 hingga RM60,000; Candan Gajah (RM180,000 hingga RM200,000) dan Candan Gunung (RM1 juta) manakala harga seliter minyaknya pula dianggarkan bernilai 10 kali ganda dari kayunya. Di seluruh dunia, pokok gaharu yang dikenali sebagai Agarwood menjadi pilihan ramai berikutan kebolehannya mengeluarkan aroma menyenangkan dan menjadi kegemaran masyarakat di rantau Asia Barat.

Keistimewaan gaharu turut menyebabkan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) berusaha menjadikan negara ini sebagai pusat pengeluar gaharu terbesar di rantau Asia dalam tempoh enam tahun akan datang selepas mendapati hasil daripada penanaman pokok karas amat lumayan, sehingga mencecah RM800,000 untuk kawasan 0.4 hektar.

Buat masa ini, Malaysia adalah negara ketiga terbesar dunia sebagai pengeluar gaharu selepas India dan Indonesia, tetapi FRIM menjangka negara ini mampu menjadi pusat pengeluar gaharu terbesar di rantau Asia dalam tempoh yang disasarkan itu.

Permintaan dunia terhadap produk gaharu yang berguna dalam penghasilan kosmetik dan perubatan pula kini dianggarkan 4.5 juta kilogram dengan nilai RM18.4 bilion setahun. Walaupun produk daripada kayu gaharu mempunyai permintaan tinggi dari seluruh dunia, tidak banyak syarikat tempatan yang menyedari potensi tanaman itu untuk dikomersilkan secara menyeluruh. Jika ada sekali pun, kebanyakannya tidak mampu bertahan lama kerana penghasilan rangkaian produk kayu gaharu bukan saja membabitkan penyelidikan dalam bidang sains dan teknologi, malah ia membabitkan konsep metafizik.

Antara syarikat tempatan yang berjaya mengkomersialkan sepenuhnya tanaman itu ialah Konsesi Utama (M) Sdn Bhd yang ditubuhkan sejak 2000 untuk mempelopori usaha menjadikan kayu gaharu sebagai satu perniagaan berdaya maju. Syarikat yang mempunyai kilang pengeluarannya sendiri di Bandar Teknologi Kajang itu ditubuhkan oleh usahawan gigih, Norazlan Lumi yang telah menjalankan kajian mengenai manfaat kayu gaharu selama lebih 10 tahun. Beliau adalah pengasas dan Pengarah Urusan Konsesi utama iaitu satu-satunya syarikat Malaysia yang menghasilkan rangkaian produk daripada keseluruhan kayu gaharu bermula daripada akar hingga ke batangnya.

Norazlan, 50, sebelum itu adalah kontraktor kelas F yang mengambil keputusan beralih ke bidang keusahawanan berikutan kekangan jumlah projek yang boleh dikendalikannya selain minatnya ke arah produk kayu gaharu semakin berputik. Pada awalnya, saya berhasrat menceburi bidang pertanian tetapi menyedari persaingan sengit dalam industri itu menyebabkan saya menyelidik tanaman lain yang belum dikomersilkan sepenuhnya. Sekitar tahun 2000, saya mula didedahkan dengan kayu gaharu yang diperoleh daripada orang Asli dari hutan seluruh negara.

Penjualannya adalah secara kecil-kecilan; katanya ketika ditemui di kilangnya baru-baru ini. Norazlan berkata, usaha itu berterusan untuk beberapa tahun dan pada masa sama beliau gigih menjalankan kajian bagi mendapatkan ekstrak kayu gaharu menerusi usahanya sendiri tanpa mendapatkan sebarang geran bantuan penyelidikan daripada mana-mana agensi.

Bagaimanapun, katanya selain mengadunkan bidang sains dan teknologi, pengusaha kayu gaharu tidak boleh sama sekali mengenepikan peranan bidang metafizik dalam mengusahakan tanaman itu. Kita sendiri maklum bahawa tanaman itu diambil daripada khazanah alam yang berharga, justeru langkah memprosesnya perlu dijalankan secara tertib antaranya jika boleh sentiasa berwuduk dan menjaga kebersihan sekeliling ketika memproses. Jika amalan itu dikekalkan, Insya-Allah perniagaan kayu gaharu boleh diusahakan sehingga berjaya, katanya.

Pada 2005, syarikat itu melangkah setapak apabila mula mengendalikan kilang untuk menghasilkan ekstrak daripada kayu gaharu dengan menggunakan empat dapur pemproses membabitkan pelaburan kira-kira RM25,000. Kini, syarikat mempunyai 36 dapur pemproses untuk mendapatkan ekstrak daripada kayu gaharu, katanya. Antara produk yang dihasilkan oleh syarikat itu termasuk minyak gaharu asli, minyak wangi gaharu asli, teh gaharu, setanggi gaharu, tikar dan tasbih gaharu, krim kulit gaharu dan produk hiliran minyak lintah gaharu.

Buat masa ini, Norazlan berkata rangkaian produknya adalah untuk pasaran luar negara dengan rantau Asia Barat menjadi penyumbang utama hasil jualan syarikat iaitu kira-kira 90 peratus. Konsesi Utama terus melangkah maju apabila berjaya memperoleh geran bernilai RM500,000 daripada Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) bagi membolehkannya menjalankan penyelidikan untuk menghasilkan produk penjagaan kulit daripada kayu gaharu.

Kajian itu dilaksanakan menerusi kerjasama syarikat dengan Loji Pandu Kejuruteraan Kimia, sebuah anak syarikat Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Pada masa sama, Norazlan berkata Konsesi Utama terus melangkah maju apabila membuka kilang sulungnya di luar negara iaitu di Padang, Indonesia pada akhir tahun lalu dengan sasaran menembusi pasaran serantau. Katanya, syarikat turut menjalin kerjasama penyelidikan dengan institusi pengajian tinggi terkemuka republik itu, Universiti Bogor untuk mengkaji khasiat tanaman berkenaan.

Paling membanggakan, katanya Konsesi Utama turut dilantik oleh kerajaan Kemboja sebagai penasihat dalam industri perusahaan dan tanaman kayu gaharu selepas berjaya membuktikan peranannya dalam perkembangan industri itu di Malaysia. Pada masa ini, Norazlan turut dibantu oleh anak sulungnya, Norsharizam, 28, kini ketua eksekutif syarikat yang berperanan mengukuhkan pasaran rangkaian produk Konsesi Utama. Norsharizam berkata, syarikat berhasrat mengukuhkan rangkaian pemasarannya di dalam negara memandangkan terdapat permintaan luas terhadap produk itu yang kurang disedari masyarakat. Permintaan terhadap kayu gaharu tidak akan putus selagi kegunaannya dimanfaatkan sepenuhnya, katanya.

Produk tiruan sarang burung walit penyebab kanser.

Gaharu khazanah negara yang kian dihimpit kepupusan.

Mengenal spesis Aquilaria Malaccensis. Pokok Karas atau Depu.

Menjawab e-mail tentang burung walit dan RBW.

Berikut ialah beberapa e-mail yang saya terima:-

Pengirim 1 : Hafiz

salam..

Saya sangat berminat untuk menceburi bidang ini tetapi saya tidak mempunyai modal untuk memulakannya. agensi manakah yang boleh membantu saya untuk mendapatkan modal tersebut? Boleh tidak bagi maklum balas segera?. TQ

Jawapan: Syabash kerana saudara memahami industri yang berpotensi ini. Tidak semua usahawan bermula dengan modal. Banyak agensi kerajaan yang menyediakan pembiayaan antaranya ialah Agro Bank. Saudara boleh berjumpa dengan pegawai Agro Bank ditempat saudara untuk maklumat yang lengkap.

Pengirim 2 : Rusli Abdullah

Salam Saudara,

Saya mengenali saudara dari blog dan laman sesawang saudara.

Untuk pengetahuan sdr saya sekarang ni sedang mencari ilmu tentang burung walit dan penyediaan bangunan RBW. Saya telah melayari beberapa blog dan sesawang untuk mendapat seberapa byk maklumat mengenai perniagaan sarang walet (walit) dan juga rekabentuk RBW, alat bunyian, suhu, kelembapan, aroma, musuh, dll.

Saya mempunyai sekeping tanah pertanian seluas 4.5 ekar lebih kurang 35km dari KL. Dari apa yang saya baca tentang habitat walit tanah tersebut mempunyai ciri yang menepati kesesuaian untuk didirikan RBW. Tumpuan walit bermain selepas hujan atau semasa cuaca mendung jelas kelihatan dikawasan berkenaan.

Saya bercadang untuk membina sebuah RBW berukuran 40′ x 80′ x 4.5 tingkat.

Untuk tujuan saya menyediakan kewangan saya ingin tahu anggaran keseluruhan pembinaannya termasuk lah yuran perunding, sistem bunyian lengkap, sistem keselamatan jarak jauh, kayu perentinya, sistem suhu dan kelembapan, kaedah penyuraian musuh-musuh, dll yang bersangkutan.

Saya bercadang untuk mendapatkan 60% pinjaman Agrobank dan akan membuat Kertas Projek untuk dikemukakan kepada bank nanti.

Saya telah menghadhiri kursus/seminar mengenai walet dalam tahun 2010 lalu.

Saya harap untuk mendapat perkhidmatan dari saudara dan sekiranya ujian kesesuaian dilakukan ditapak berapakan yuran yang dikenakan.

Semoga mendapat maklum balas dari sdr.

Ya Rab, sekiranya rezeki ku dilangit Engkau turunkan lah ia….

Wallahu’alam. Wassalam. Rusli

Jawapan : Banyak tu yang saudara nak tanya. Tak terdaya saya nak jawab tu, kecuali saudara lantik kami sebagai konsultan. Jika saudara berminat untuk mendapat maklumat yang lengkap mengenai kos pembinaan dan konsultancy bolehlah hubungi saudara Nik Zulkifli Omar ( Tel 0199898666 ). Beliau terlibat secara langsung dengan pembinaan dan konsultancy pembinaan RBW yang di iktiraf oleh Jabatan Veterina. Biasanya khimat konsultancy yang dibuat beliau sehingga burung bersarang. Rumah burung walit juruhebah TV7 En Wan Kamarudin pun dia yang buat.Terima kasih.

Pengirim 3 : Mad Ganu

assalamualaikum Pak Jahani..

Maaf mengganggu malam-malam ni..

Saya Mat..

saya ingin menimba ilmu dgn pak jahani.. saya memang sangat berminat nak menceburi bidang ni..tetapi masalah saya ialah saya tidak mempunyai modal untuk membina rbw ni.. boleh tidak Pak Jahani tolong tunjuk ajar saya cara-cara mendapatkan modal tersebut? agensi mana yg boleh membantu saya.. terima kasih..

Jawapan : Lee ning setakat yang saya tahu hanya Agro Bank, Tetapi orang kampong saya buat dengan rakan kongsi yang berbangsa China. Dia sediakan tanah sahaja.
Saya pun kalau ada orang yang sanggup syer buat RBW atas tanah saya, pun sanggup juga. Kuala Berang boleh, Marang pun boleh. Terima kasih.

Pengirim : Amy

Hai En. Jahani,

saya mendapat tahu yang En. jahani adalah salah satu daripada individu yang dilantik oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Terengganu sebagai perunding khidmat bagi pemeliharaan burung walit.

Untuk makluman En. Jahani saya amat berminat untuk memulakan projek burung walit ini, justeru itu saya ingin meminta khidmat nasihat drp En. Jahani.

Lokasi saya adalah di : Lundu, Kuching sarawak (1 jam dr bandar Kuching)

Beberapa soalan yg ingin saya utarakan kepada En. Jahani dan saya amat berharap En. Jahani berkesempatan dan dapat meluangkan masa untuk menjawap soalan saya.

soalan .

1. Berapakah kos minima yg perlu kita keluarkan untuk membina rumah burung walit ini.

2. Berapakah kos set lengkap bagi audio bunyi yg perlu kita ada.

3. Memandangkan jarak jauh tapak lokasi, bolehkan En Jahani membimbing saya untuk menyediakan pelan rumah burung walit ini.

saya amat berharap agar En. Jahani dapat memberikan respon kepada saya secepat yg mungkin.

sekian, terima kasih

Jawapan : Bukan saya yang dilantik oleh Jabatan veterinar tetapi Adnic Birds Enterpreneur lihat http://www.jahaniwalit.com/wp-content/uploads/2010/12/surat.jpg. Sila hubungi saudara Nik Zulkifli Omar (019-9898666). Terima kasih.

Pengirim : Zulkiflee Sudim – Cendor

Assalamualaikum Pak Jahani…

Saya berminat dalam industri burung walit dan dalam proses pembinaan sarang burung (kos rendah). Saya ingin membeli buku stategi jitu memikat walit dan juga suara memangil burung luar dan dalam dalam bentuk pen drive. Bagaimana dan dimana saya boleh mendapatkan dan berapa kah kos nya?.

Diharap mendapat bantuan dari Pak Jahani.

Terima kasih.

Jawapan ; Setakat yang saya tahu tiada urusniaga dalam jual beli suara burung yang berkualiti. Jika ada pun bersekali dengan khidmat konsultancy. Terima kasih.

salam… tahniah kerana tertubuhnya sebuah koperasi walit di terengganu… boleh sy tahu adakah ahli koperasi dibuka kepada individu yang berminat.. dan berapakah bayaran keahlian…..

Jawapan : Koperasi Pedagang-Pedagang Sarang Burung Walit Terengganu Berhad (KOWALIT) adalah terhad kepada mereka yang terlibat dalam industri ini sahaja. Anak Terengganu dan keahlian nya terhad. Terima kasih.

Industri kayu gaharu dimajukan.

UiTM hasilkan 4 Moons Booster hasil minyak tanpa bahan kimia.

KOSMO! Edisi Niaga SELASA 18 JANUARI 2011

SHAH ALAM – 4 Moons Booster, produk terbaru yang merangsang pengeluaran minyak kayu gaharu dengan lebih banyak tanpa menggunakan bahan kimia telah berjaya menembusi pasaran antarabangsa.

4 Moons Booster adalah basil ciptaan Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Dr. Ku Halim Ku Hamid bersama penuntut Fakulti Kejuruteraan Kimia universiti berkenaan selama 18 bulan.

Produk tersebut merupakan campuran pelbagai tumbuhan dan mesra alam sekitar. Minyak gaharu selain dijual sebagai minyak yang tulen, ia juga turut digunakan untuk industri pembuatan minyak wangi atau mi¬nyak atar.

Ku Halim menjelaskan, sejak memasuki pasaran empat bulan lalu, produk itu telah menarik minat ramai pengusaha kayu gaharu di Indonesia, Vietnam dan Timur Tengah untuk embelinya.

Sebelum ini, proses untuk menghasilkan minyak gaharu akan mengambil masa di antara lapan sehingga 12 bulan. Bagaimanapun, dengan menggunakan produk ini, pengu¬saha akan dapat menuainya dalam jangka masa empat bulan dan minyak yang dihasilkan juga lebih banyak daripada proses sebelum ini.

“Sebelum ini, penghasilan teras gaharu yang bernilai tinggi hanya dapat diperoleh selepas dua tahun cecair ini disuntik ke dalam pokok berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis memeterai perjanjian persefahaman (MoU) di antara UiTM dengan Southern Farm Valley Johore Sdn. Bhd. (Southern Farm Valley) di sini baru-baru ini.

Pemeteraian MoU itu bertujuan untuk membolehkan Southern Farm Valley memasarkan produk 4 Moons Booster dengan lebih berkesan di seluruh negara. Turut hadir ialah Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UiTM, Prof. Datuk Dr. Abdullah Mohamad Said dan Pengarah Urusan Southern Farm Valley, Mohd. Ali Amir Batcha.

Selain itu, Ku Halim menjelas¬kan, pada masa sekarang kebanyakan pengusaha kayu gaharu menggunakan kaedah menyuntik bahan kimia pada batang pokok tetapi ia telah menyebabkan pokok mudah mati dan akhirnya ia tidak akan menarik minat pelabur.

Membiak serangga untuk makanan tambahan burung walit.

Bolehkah burung walit ini diternak seperti menternak ayam atau menternak didalam sangkar dan bagaimana boleh kita mempelajari tentang penternakan burung walit?

Burung walit adalah burung spesis burung liar yang terbang bebas dengan mencari makan sendiri secara semulajadi. Menternak burung walit dalam sangkar tidak praktikal kerana keupayaan manusia menyediakan makanan untuk burung walit adalah terhad. Burung walit memakan seranga terbang dengan menyambar semasa ia terbang. Makanan yang disediakan Allah dialam semester cukup banyak, dengan itu tidak perlulah menyediakan makanan untuk burung walit.

Walau bagaimana pun terdapat tinjauan bahawa membiak serangga untuk makanan tambahan burung walit dapat membantu menambahkan populasi burung yang datang ke Rumah Burung Walit. Penternak menggunakan buah-buahan seperti nenas, betik, mangga dan sebagainya untuk membiakkan serangga disesuatu kawasan.

Biasanya buah-buahan ini dibiarkan busuk diluar rumah, keadaan ini mampu menarik lalat buah untuk membiak. Serangga yang dibiakkan dalam rumah burung boleh memberi makanan tambahan kepda burung walit.

Namun begitu kaedah ini akan menimbulkan masalah yang lebih besar, dimana pembiakan serangga yang tidak terkawal akan memberi kesan keseimbangan alam sekitar dikawasan tersebut.

Adakah penanam gaharu seperti angan-angan Mat Jenin ?

Tadi semasa berbual dengan Encik Wan kisah Mat Jenin dan berbagai versi tradisional sejak zaman penjajah lagi konongnya Mat Jenin yang suka berangan-agan itu mati jatuh dari pokok kelapa.

Beliau bekerja sebagai pemanjat pokok kelapa. Suatu hari ketika memanjat pokok kelapa, Mat Jenin berangan angan… Biasanya upahnya adalah buah kelapa itu sendiri.Jika Mat Jenin memanjat 100 biji kelapa, pemilik akan mengupah 50 biji iaitu separuh dari keseluruhan buah kelapa.Jadi Mat Jenin adalah Raja Buah Kelapa…uish, ada ke?: Sebiji kelapa aku jual RM1.50, jika 250 biji aku akan dapat RM375 sehari.. Wow..aku kaya sambil tersenyum. Jika aku dapat panjat 500 biji setiap hari,aku dapat 250 biji kelapa.. kaya aku! Bisik Mat Jenin dalam hati.

Dengan duit tu, aku akan beli anak ayam. Anak ayam harganya RM1 seekor, jadi aku akan dapat 375 ekor anak ayam. Kalau aku beli 375 ekor anak ayam setiap hari aku akan ada 11250 anak ayam sebulan.Harga ayam RM10 seekor, nanti dah besar aku akan dapat RM3750 untuk ayam tu. Itu kalau aku jual 375 ekor sehari. Sebulan aku akan dapat RM112,500 sebulan.

Ish.Ish.Ish..banyaknya duit aku nanti.Setahun je aku akan jadi jutawan ayam kat Mat Jenin dalam hati. Lepas ni tak perlu la aku naik kelapa lagi. Aku beli semua ladang kelapa & aku akan jadi orang paling kaya..

Ha.ha.ha…Mat Jenin tergelak seorang diri di atas pokok kelapa.. dan dum ada suatu yang jatuh.

Kau tahu kata En Wan bukan Mat Jenin yang jatuh… tetapi buah kelapa yang jatuh. Mengapa kata saya. En Wan kata kalau Mat Jenin yang jatuh macam mana kita tahu angan-angan Mat Jenin ….. ya tak ya juga kata saya.

Akhirnya menjadi jutawan ayam, kelapa dan hartanah. Jadi Mat Jenin bukan hanya berangan-angan tetapi berwawasan untuk maju.

Kalau begitu saya pun tidak berangan-angan dengan menanam gaharu. Jika tanam satu pokok hasilnya nanti RM8,000 sepokok bagaimana jika ditanam 1000 pokok. Tidakkah nanti akan jadi RM8 juta. Hebat juga wawasan penanam gaharu ini.

Think Outside the BoX!

Lebih baik buat kek besar dan makan beramai-ramai daripada kita buat kek kecil lepas itu kita makan seorang diri

Tidak ramai bumiputera yang terlibat dalam industri burung walit. Terdapat lebih dari 50,000 premis yang diusahakan dengan industri burung walit mengikut statistik tahun 2005. Daripada jumlah itu tidak sampai 10% yang melibatkan kaum bumiputera di seluruh negara. Industri burung walit adalah rahsia perniagaan kaum Cina. Sebab itu ia lebih dikenali sebagai rahsia rumah gelap.

Menceritakan detik permulaan bagaimana saya mula terlibat secara langsung dalam industri ini sejak tahun 2005 kepada peserta kursus burung walit ahli koperasi anjuran Angkasa di Seri Malaysia Marang , pada 15 Januari 2011. Kesedaran itu bermula bila tidak ramai orang melayu yang terlibat, maka saya perlu melaksanakan kempin kepada kontraktor, pemilik tanah dan juga koperasi untuk mengambil bahagian dalam industri ini.

Usaha untuk menarik penyertaan kaum bumipuera sedang giat dilaksanakan oleh perbagai pihak termasuk agensi kerajaan seperti Jabatan Veterina dan NGO. Konsultan yang melihat peluang keemasan demi meraih keuntungan dengan menganjurkan seminar dan sebagainya.

Sehubungan dengan cadangan kerajaan melalui gagasan 1 Malaysia, Rakyat diutamakan. Pencapaian didalukan untuk memperkenalkan model ekonomi baru. Penyediaan buget untuk meningkatkan industri asas tani disambut baik oleh mereka.

Bagaimana strategi untuk meningkatkan penyertaan bumiputera dalam industri burung walit ini. Pendekatan yang dilaksanakan hendaklah smart. Ini penting untuk mendatangkan inpak yang besar kepada ekonomi bumiputera. Kerajaan harus membantu melalui berbagai cara.

Pendekatan yang boleh digunakan ialah melalui Jabatan Veterina. Jabatan seharusnya membuat bancian dan mendaftarkan pengusaha bumiputera yang telah terlibat dalam industri ini. Bumiputera yang telah mempunyai rumah burung adalah mereka yang telah memiliki pengetahuan dan pengalaman. Mungkin mereka ini tidak mempunyai modal yang cukup. Jadi mereka ini perlu dibantu untuk membesarkan RBW yang ada. Bantuan boleh diberi dalam bentuk pinjaman mudah atau dalam bentuk geran . Jabatan juga boleh bekerjasama dengan AGRO Bank mengenalpasti usahawan yang berpotensi untuk menceburi dalam bidang sarang burung walit dan membimbing mereka melalui khidmat teknikal dan pinjaman mudah AGRO Bank tadi.

Terdapat juga cadangan supaya pengusaha bumiputera berkongsi dengan beberapa orang bagi mengupul modal untuk melabur dalam industri berkenaan. Konsep ini sememangnya telah dilaksanakan oleh bangsa lain.

“Lebih baik buat kek besar dan makan beramai-ramai daripada kita buat kek kecil lepas itu kita makan seorang diri”
Adalah lebih bijak bina rumah burung mengikut kehendak burung iti.

Koperasi Pedagang-Pedagang Walit Terengganu Berhad (KOWALIT) ditubuh.

KUALA TERENGGANU 14 Januari 2011- Koperasi Pedagang-Pedagang Walit Terengganu Berhad (KOWALIT) ditubuh. Mesyuarat Agung penubuhan koperasi berlangsung sebentar tadi di Sumai Suite Hotel, Kuala Terengganu. Hadir sama ialah wakil Suruhanjaya Koperasi Malaysia , En Azri Adam memberi penerangan dan penjelasan yang berkaitan dengan undang kecil tubuh koperasi. Mesyuarat agung yang pertama ini dihadiri oleh 37 orang bakal ahli koperasi.

Dalam mesyuarat yang bermula jam 3.00 petang dan berakhir jam 5.30 petang itu jahaniwalit.com mencadangkan supaya koperasi ini ditubuhkan dan disokong oleh Dr. Sulaiman maka rasmilah penubuhan KOWALIT oleh pengusaha-pengusaha rumah burung walit bumiputera Terengganu.

Sebelum daripada itu Pengerusi jawatankuasa penaja Hj. Ghani memaklumkan kepada bakal-bakal ahli bahawa objektif penubuhan koperasi ialah untuk mengumpul pengalaman ahli-ahli yang terlibat dalam industri ini dalam berbagai aspek seperti kontraktor. Consultan, pakar suara. Trading dan berbagai aspek lagi termasuk industri hiliran didalam satu wadah ia itu perwalitan.

Harapan yang sangat sangat besar yang harus digalas oleh ahli lembaga pengarah yang dilantik agar koperasi dapat merebut segala peluang yang ada demi kebaikan ahli.

Untuk rekod Koperasi Pedagang-Pedagang Walit Terengganu Berhad (KOWALIT) merupakan koperasi yang pertama seumpamanya di Malaysia.

Saudara Nik Zulkifli telah dilantik sebagai Setiausaha Koperasi.

Tanam gaharu mengikut kemampuan kita. Teknologi untuk inokulasi akan bertambah maju, dengan itu kosnya semakin rendah.

Gaharu dapat mencapai harga yang begitu mahal sehingga ada yang mengatakan ia lebih bernilai dari emas. Harganya boleh mencecah sehingga RM14,000 – RM18,000 sekilogram (Buletin Utama TV3) untuk resin gaharu yang bermutu tinggi. Namun, semua hasil ini diambil dari hutan dan kini realitinya, pokok karas diancam kepupusan.

Tanpa kesedaran untuk penanaman semula, negara kita mungkin tidak lagi dapat mengeksport hasil gaharu yang begitu tinggi permintaannya ke negara-negara Timur Tengah dan juga negara lain seperti Taiwan, Jepun dan sebagainya. Sebaliknya negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan Myamar, mereka sudah jauh meninggalkan kita dari segi teknologi dan perladangan pokok karas secara komersil.

Ramai di antara kita yang tidak sedar, bahawa usaha penanaman pokok karas sudahpun dilakukan oleh beberapa pihak di negara kita. Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu telah memulakan projek penanaman gaharu di Merchang, Marang seluas 106 hektar dengan jumlah pokok 39,500 pokok sejak 2005 Spesis yang ditanam ialah Aquilaria Malaccensis. Orang persaorangan dan swasta juga ada terlibat dengan penanaman gaharu ini.

Begitu juga dengan penyelidikan dalam penghasilan gaharu melalui kaedah suntikan dan inokulasi juga giat dijalankan. Namun, kurangnya pendedahan dan pengumpulan maklumat, ia kurang memberi impak dalam pelaksanaannya.

Saya percaya bahawa penyelidikan akan terus dilaksanakan bagi menghasilkan kaedah yang terbaik dengan kos yang paling mencimatkan. Jadi janganlah difikirkan tentang kos untuk membuat inokulasi, yang penting mulakan dengan penanaman dahulu, seberapa pokok yang kita mampu.

Walaubagaimanapun kajian lanjut harus dilaksanakan bagi mengetahui kesesuaian dan keberkesanan teknik inokulasi yang menjanjikan hasil gaharu yang bermutu.

Masak sup sarang burung dengan daging.

Sedikit maklumat pinjaman berskala kecil dari Agro Bank untuk rumah burung walit.

En. Zakria termenung panjang bila pokok gaharu yang diupah untuk dibuat inokulasi 2 tahun lepas tidak menghasilkan resin gaharu.

Mengenalpasti Pokok Gaharu yang mempunyai resin.

Dua hari lepas saya didatangi oleh seorang kenalan daripada Setiu Terengganu. Kedatangan Zakaria adalh untuk melihat sendiri kayu gaharu yang telah dilakukan proses inokulasi enam bulan yang telah menghasilkan resin gaharu. Menurut beliau inilah pertama kali melihat hasil inokulasi tersebut. Sebelum ini beliau hanya mendengar cerita kejayaan proses inokulasi tersebut tanpa mampu menunjukan bukti nyata. Kejayaan yang pernah ditunjukan kepada beliau adalah gambar-gambar sahaja.

Penerangan yang ditunjukan melalui gambar tersebut, menyebabkan beliau mengupah seorang konsultan untuk membuat proses inokulasi 2 tahun yang lalu. Banyak juga kos yang dibelanjakannya. Katanya mencecah RM24,000. Beliau membuat inokulasi keatas 8 pokok gaharu sebesar pemeluk yang berada dikebun. Diantaranya terdapat sebatang pokok kosnya RM3,800. Menurut Zakaria bulan lepas selepas tempuh lebih dari 2 tahun, daun pokok tersebut kelihatan kekuningan. Bila batang diketuk berbunyi seolah berungga. Kawan-kawan menasihatkan beliau untuk tebang dahulu pokok tersebut untuk melihat keputusan hasil inokulasi menjadi atau tidak.

Alangkah terperanjatnya beliau gaharu yang diharapkan rupa-rupa pokok tersebut buruk dari dalam. Tiada langsung kesan terjadinya resin gaharu. Bahagian batang yang tidak buruk pula pula bewarna putih dan langsung tiada resin gaharu. Nasib-nasib …….entahlah. Kalau tak tebang tak tahu. Bagaimana pula dengan pokok yang lain yang masih belum ditebang………

Dibawah saya cuba jelaskan sedikit maklumat kaedah untuk mengenal resin gaharu yang terjadi dalam pokok gaharu.

Resin gaharu yang terhasil di dalam batang pokok karas, samada penghasilan melalui aruhan atau secara semulajadi adalah sukar untuk dikenalpasti kedapatannya. Seberapa ciri-ciri luaran pokok dikenalpasti menunjukkan tanda-tanda pokok karas tersebut mempunyai kandungan resin. Kaedah atau teknik ini telah digunapakai oleh pencari gaharu sebelum menakik(memeriksa) atau menebang. Ciri-ciri luaran yang dipertimbangkan adalah seperti berikut:

a. rumpun yang tidak subur dan dahan mengusut.

b. Batang merekah, kering dan membengkak.

c. Kedapatan semut atau lubang-Iubang semut pada batang.

d. Batang kayu dibawah kulit bertukar dari warna kekuningan ke warna coklat.

e. Keseluruhan pokok menunjukkan tanda-tanda tidak sihat dan menunjukkan biasanya bahagian pucuk pokok telah mati dan mereput.

Walaubagaimanapun kaedah pengenalpastian secara pemerhatian luaran ini tidak dapat memberi jangkaan kuantiti dan kualiti resin yang terbentuk secara tepat. Saya difahamkan bahawa Agensi Nuklear Malaysia sedang menjalankan penyelidikan berkaitan pengenalpastian resin ini dan berhasrat untuk membangunkan alat yang boleh digunakan dalam pengenalpastian yang lebih cekap dan tepat .

Tanam spesis yang terbaik dari Malaysia; Aquilaria Malaccensis.

Pokok Gaharu atau dikenali dalam Bahasa Inggris sebagai Agarwood adalah pokok dalam family Thymelaeceae. Pokok yang telah matang akan membesar sehingga 40 meter tinggi dan berdiameter 40cm. Pokok gaharu di hutan semulajadi mula mengeluarkan resin gaharu pada usia 20 hingga 45 tahun, bergantung pada ketahanan pokok dan tindakbalas kecederaan pokok.

Pokok gaharu amat diminati kerana dapat menghasilkan aroma yang wangi dan menyenangkan apabila dibakar kayunya. Mengikut data yang dikeluarkan pada Persidangan Gaharu Dunia pertama di Vietnam terdapat 16 spesis dari genus Aquilaria yang mempunyai nilai komersil yang tinggi. Dibawah adalah diantara 16 spesis yang dianggap yang terbaik didunia :-

1. Aquilaria Subintegra – Thailand

2. Aquilaria Crassna – Thailand, Cambodia, Loas, Vietnam

3. Aquilaria Malaccensis – Malaysia,Thailand, India, Indonesia

4. Aquilaria Apiculata – Philippines

5. Aquilaria Baillonil – Thailand, Combodia, Loas, Vietnam

6. Aquilaria Baneonsis – Vietnam

7. Aquilaria Beccarian – Indonesia

8. Aquilaria Brachyantha – Malaysia

9. Aquilaria Cumingiana – Indonesia, Philippines

10. Aquilaria Filaria – Nuegini, China

11. Aquilaria Grandiflora – China

12. Aquilaria Hilata – Indonesia, Malaysia

13. Aquilaria Khasiana – India

14. Aquilaria Microcapa – Indonesia, Malaysia

15. Aquilaria Rostrata – Malaysia

16. Aquilaria Sinensis – China

Steamed Egg with Bird's Nest

Projek resin gaharu sekitar Bakun dilancar – BERNAMA

Projek resin gaharu sekitar Bakun dilancar
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) dengan kerjasama Asap Koyan Development Community (AKDC) akan melaksanakan projek peningkatan sosioekonomi sekitar empangan Bakun untuk menghasilkan resin gaharu, yang berjumlah kira-kira 20,000 pokok dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Menteri berkenaan Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata AKDC ditawar geran projek Community InnoFund (CIF) sebanyak RM300,000 oleh Mosti untuk melaksanakan fasa pertama melalui pembangunan kemudahan ekstraksi produk gaharu dan aplikasi teknologi inokulasi pokok karas.

“Agensi Nukleur Malaysia telah dilantik sebagai agensi pelaksanaan bagi memantu teknologi inokulasi penghasilan resin yang dibangunkan bersama rakan kerjasamanya dalam projek CIF ini,” katanya dalam satu kenyataan di Kuching.

AKDC adalah sebuah pertubuhan yang berperanan bagi menstrukturkan penempatan semula penduduk asal Belaga dan menjaga hal ehwal sosioekonomi masyarakat, khasnya berkaitan isu pembangunan empangan Bakun.

CIF merupakan satu geran yang diperuntukkan oleh Mosti bagi membantu masyarakat akar umbi atau komuniti di Malaysia dalam pembangunan dan peningkatan produk, proses serta khidmat berinovasi selain mempunyai nilai ekonomi yang berupaya meningkatkan kualiti kehidupan komuniti.

Dr Ongkili dijadual melancarkan projek itu pada 11 Jan di Belaga, bahagian Kapit, yang mempunyai penduduk daripada beberapa kumpulan etnik sperti Kenyah, Kayan, Punan, Penan, Kajang dan Tanjung.

Beliau berkata kawasan yang akan ditenggelami air itu merangkumi keseluruhan kawasan sumber ekonomi utama masyarakat tempatan Belaga, termasuk sumber makanan dan sumber hasilan hutan bernilai tinggi seperti gaharu.

Dalam pembangunan empangan berkenaan, yang akan ditenggelami air pada 2013, sebuah tasik berkeluasan 695 kilometer persegi dan berkedalaman 228 meter dari aras laut akan dibangunkan.

–Bernama

Oatmeal with Bird's Nest (with minced beef)

Minum sarang burung walit dengan susu segar.

Sambungan soalan yang lazim ditanya mengenai burung walit.

1. Saya memiliki sebuah rumah kedai 20’ x 70’ x 2 tingkat dan ingin mengubahsuai rumah tersebut kepada rumah burung walit. Apakah yang perlu saya lakukan dan berapakah anggaran kos yang diperlukan?.

Perlu diingat bahawa tidak semua lokasi rumah kedai dihuni oleh walit. Hanya bangunan kedai dimana kawasan tersesut adalah lokasi hunian. Untuk menjadikan lokasi baru sebagai kawasan hunian memerlukan jangka masa yang lama.

Pengubahsuaian bangunan komersial menjadi rumah burung walit akan berhadapan dengan tindakan pihak berkuasa tempatan (PBT). Tidak banyak PBT yang telah mewujudkan undang-undang kecil mereka untuk memberi lesen menternak walit. Jika nak buat juga jangan fikir mengenai lesen dan anda perlu bersedia dengan tindakan penguatkuasaan.

Mengubahsuai rumah kedai kepada rumah burung walit tidak memerlukan perbelanjaan yang besar. Pengalaman kawan-kawan yang mengubahsuai rumah kedai sekitar RM10K hingga RM30K sahaja. Berbanding dengan bangunan baru yang bersaiz tersebut ianya jauh lebih murah.

2. Apakah perbezaan sarang burung walit rumah dengan sarang dari gua ?

Terdapat dua spesis burung walit yang ditemui membuat sarang menggunakan suliva dan tinggal digua. Adrodramus Fuciphagus dan Adrodramus Maximus. Namun spesis burung walit yang tinggal di rumah burung walit adalah Adrodramus Fuciphagus sahaja. Adrodramus fusiphagus sarang bewarna putih manakala Adrodramus Maximus kelihatan hitam kerana sarangnya bercampur dengan buru yang digugurkan semasa membina sarang. Itu yang saya temui dari gua di Pulau Kapas Terengganu.

Ada pendapat yang mengatakan sarang rumah berwarna putih dan lebih bersih serta terdiri dari 95% air liur dengan harga yang tinggi sedangkan sarang gua biasanya berwarna hitam dan lebih kotor di mana 85% adalah bulu atau pelepahnya pada harga nisbah 1:5 lebih rendah berbanding dengan sarang rumah.
Sarang Adrodramus yang bersarang digua lebih kekuningan berbanding dengan yang bersarang di RBW. Tidak pernah ditemui Adrodramus Maximus didalam RBW.

3. Bolehkah burung walit ini diternak dan bagaimana boleh kita mempelajari tentang penternakan burung walit?

Saya tidak bersetuju burung walit diternak seperti ternakan lain. Saya difahamkan terdapat usaha-usaha pihk tertentu untuk menternak burung walit secara sangkar.

Kehidupan asal burung walit adalah burung liar yang terbang bebas dengan mencari makan sendiri secara semulajadi sebaliknya jika diternak, makanannya yang terdiri dari serangga perlu disediakan dan kos akan bertambah serta tidak efektif dan apabila burung tersebut meningkat
dewasa ianya akan kembali membesar secara semulajadi. Pengalaman seorang penternak di Indonesia (saya dimaklumkan) bila walit dilepaskan dialam bebas hanya 20% sahaja yang kembali semula. Menyediakan makanan dengan membiak serangga juga akan menimbulkan masalah bila populasi serangga bertambah dengan mendadak akan menimbulkan masalah kepada masyarakat bila terdapat serangga yang terlepas dan tidak terkawal lagi.

Membersih dan menyimpan sarang walit untuk kegunaan sendiri.

Kunjungan seseorang yang pernah berniaga gaharu menyebabkan saya tersentak dan kaget!..

Marang 06 Disember 2011 Sebentar tadi saya dikunjungi oleh seorang kenalan baru jahaniwalit.com dari Johor Baharu. En Mohamed dan isteri datang ke Kuala Terengganu kerana ada urusan disini. Mereka datang untuk mengenali lebih rapat lagi dengan saya khusus untuk bertanya tentang walit dan gaharu.

En Nik Zulkifli membawa mereka bertemu saya. Berkenalan melalui internet dengan membaca tulisan di blog kini bersua muka. Pertemuan kami berlangsung lebih satu jam, mencetuskan banyak idea yang boleh dikongsi bersama.

En Mohamed adalah adalah seorang peniaga dalam dan luar negara. Suatu ketika dahulu pernah terlibat dalam perdagangan gaharu. Mendapat bekalan dari Papua New Guinea dan mengekspotnya ke Timur Tengah melalui Singapura.
Pasaran untuk kayu gaharu sangat tinggi sehingga mencecah Singapore dollar 20K /kg. (untuk perkiraan kadar pertukaran dengan RM adalah 2.40 ini bermakna pasaran gaharu gred super AA + adalah hampir RM50K perkilo. Wow!… Terangkat saya mendengarnya. Terbayang saya pokok gaharu yang saya tanam 2000 pokok itu apa akan terjadi 6 tahun akan datang selepas dilaksanakan proses inokulasi.

Boleh dah kot…. Untuk saya berimpian dari sekarang…??.??….
Bukan itu sahaja menurut En Mohamed , harga pasaran untuk minyak gaharu pun sangat mahal sekitar harga 200 hingga 300 dollar Singapore/tola. Satu Tola adalah 12 ml. Mahal tu kata saya. Saudara Nik senyap tak terkata. Terperanjat atau tersentak saya tak tahulah. Buat masa ini saudara Nik masih tidak berminat untuk projek gaharu ini.

Sebagai seorang yang berpengalaman En Mohamed turut membakar kayu gaharu yang ada dengan saya (foto) yang disiarkan dalam posting sebelum ini)?. Ia disahkan asli tetepi masih muda. Memang masih muda kerana baru 6 bulan proses inokulasi dilaksanakan. En Mohamad turut mengucapkan syabas dan tahniah diatas kejayaan research yang kami lakukan itu.

Terima kasih kepada En Mohamed kerana mengunjungi saya, harap perkenalan ini berpanjangan hingga ke hujung umur.

Mengimbau kembali pengalaman 34 tahun yang lalu semasa menjalani latihan praktikal dengan Jabatan Perhutanan Terengganu.

Sekitar tahun 1977, ketika itu saya menjalani latihan praktikal di Jabatan Perhutanan Terengganu. Sebagai pelajar perhutanan kami seharusnya belajar aktiviti jabatan berkaitan pengurusan hutan. Saya ditempatkan dibawah Jabatan Hutan Daerah Kuala Terengganu. Diatara aktiviti yang terpaksa saya belajar ialah mengenal jenis-jenis hasil daripada hutan. Selain daripada balak, rotan dan sebagainya, saya juga dimaklumkan bahawa sarang burung layang-layang juga adalah hasil hutan.

Bagi memberi pendedahan yang lebih mendalam mengenai perkara ini pihak jabatan membawa saya ke Pulau Redang bagi meninjau aktiviti memungut sarang burung layang-layang dari gua di Pulau Redang. Saya masih ingat ketika itu , bersama Forester Kuala Terengganu yang diketua oleh Renjer Hutan yang saya telah lupa namanya. Kami bertolak dari jeti Merang dengan menaiki bot nelayan. Perjalanan mengambil masa hampir tiga jam. Sesampainya kami di salah sebuah gua yang dikenali sebagai gua hujan. Renjer memberitahu bahawa kami akan masuk kedalam gua tersebut untuk melihat bagaimana pemajak mengutip sarang burung walit dari gua tersebut.

Bot nelayan yang saya naiki rupa-rupanya tidak boleh rapat kepintu gua. Kami dibawa oleh pemajak menghampiri gua dengan menaiki sampan kecil. Sampai sahaja dipintu gua sekali lagi saya terperanjat kerana pintu gua tidak kelihatan. Bagaimana kami semua mahu masuk. Saya terfikir adakah kami terpaksa memanjat batu-batu tinggi untuk masuk kerana pada bahagian atas seolah-olah nampak suatu lubang.

Kami diberitahu oleh pemajak bahawa untuk masuk kedalam gua, kita terpaksa menyelam kerana pada ketika itu air laut sedang pasang dan pintu gua telah ditenggelami air. Jadi kami tiada pilihan dan terpaksa juga menyelam. Suasana dalam gua tersebut terasa sejuk dan terdapat titisan air yang turun dari lelangit gua. Pemajak menunjukan kaedah mereka mengutip sarang yang berada dilelangit gua dengan memanjat batang buluh yang dikenali sebagai ‘sigar’ atau tangga buluh.

Itulah kisah pertama kali saya mengenali sarang burung layang-layang yang kini dikenali sebagai burung walit. Saya percaya bahawa sejarah awal rumah burung walit dibina di Terengganu adalah di Kampong China. Pada ketika itu rumah-rumah yang dibina dikampong China adalah mempunyai ruang bungbung yang tinggi. Struktur begitu masih kelihatan hingga kehari ini. Ruang bumbung inilah yang dihuni oleh burung-buruing walit yang keluar mencari makan didaratan tetapi tidak sempat kembali ke gua dengan menjadikan bangunan waisan ini temapat tinggal mereka. Mungkin ketika itu kaedah mengubahsuai bangunan untuk menternak burung walit ini tidak diketahui lagi.

Penduduk di Kampong China ketika itu mungkin tetah memungut sarang-sarang tersebut sebagai sumber pendapatan mereka. Tetapi rahsia ini tidak terbongkar.

Dahulu temat yang saya berdiri untuk merakam gambar ini adalah lautan muara sungai Terengganu. Hari ini ia telah ditebus guna menjadi daratan yang boleh dilalui dengan kereta dan juga dijadikan tempat parking untuk ke Pasar Payang.

Hari ini rumah-rumah warisan di Kampong China telah berubah wajah hampir 90% adalah rumah burung walit. Itulah keunikan dan keindahan Bandar Raya Persisir Air Kuala Terengganu.

Beberapa soalan lazim yang sering ditanya berhubung dengan perusahaan burung walit.

Berikut ialah beberapa persolan lazim tentang Membudidaya Burung
Walit.

1. Apakah yang dimaksudkan dengan industri burung walit atau burung layang-layang ?

Burung walit adalah spesis Aerodramus Fuchipagus. Ia adalah sejenis burung pemakan serangga yang mampu terbang dengan laju dan pergerakan yang cepat. Ia tidak boleh mendarat di tanah atau hinggap pada dahan pokok kerana kakinya yang pendek serta lembik (aphodedea). Ia biasanya boleh dijumpai di habitat di gua-gua pinggir hutan, sawah, habitat yang rimbunanan pokok yang mudah membiak serangga serta di kawasan pantai atau lombong. Burung ini mampu terbang dalam kegelapan melalui kaedah ‘eccholation’ dan membuat sarang menggunakan air liurnya (suliva).

2. Adakah industri perniagaan ini sah di sisi undang-undang?

Memang merupakan satu peniagaan, pelaburan dan industri yang sah disisi undang-undang. Cuma undang-undang khusus berkaitan dengannya belum dikuat kuasakan lagi. Ia adalah industri yang mendapat perhatian serta diikitiraf oleh pihak kerajaan dengan penglibatan pihak Jabatan Perhilitan, Jabatan Veterina (Haiwan), pihak berkuasa tempatan serta Kementerian Kesihatan. Pihak Jab Veterina juga ada menerbitkan sebuah buku bertajuk Garis Panduan Amalan Penternakan Burung Walit (GAHP) untuk dijadikan panduan dan asas kepada pengusaha.

3. Berapakah pulangan pelaburan yang boleh didapati melalui sebuah rumah burung walit yang berjaya?

Anggaran pendapatan sesebuah rumah burung walit berkeluasan 20’ x 70’ x 2 tingkat adalah RMxxK -RMxxK sebulan atau 10-15kg sebulan selepas tempoh matang atau kebiasaannya selepas tahun ke-4. Tetapi pada rumah burung yang sukses sahaja. Perlu di ingat bahawa RBW yang sukses cuma 20% sahaja. Namun 80% lagi yang kurang sukses juga dikatakan lumayang. Wallahualam…???????????????????

4. Bagaimanakah kawasan yang sesuai untuk membina rumah burung walit dan menjalankan pembiakan burung walit?

Sebelum memulakan projek dan menentukan tempat , ujian lokasi perlu dilakukan terlebih dahulu.
Kawasan pembiakan burung walit yang sesuai adalah di kawasan habitat yang mempunyai pokok-pokok yang subur seperti pinggir hutan, ladang kelapa sawit, sawah, tepi pantai dan kolam atau lombong yang mempunyai potensi pemakanan seperti serangga dan sumber minuman yang banyak.

5. Perlukah sebuah rumah bururng walit dipasang bunyi suara burung berterusan (24 jam) sejak beroperasi?

Rumah burung walit dibenarkan dipasang bunyi dalaman burung walit selama 24 jam tetapi bunyi luaran hanya perlu dipasang pada waktu-waktu tertentu sahaja iaitu pagi (7.00pagi – 12 tengahari) dan petang (5.00 petang -7.30 malam). Waktu tersebut adalah waktu yang disyorkan oleh Jab Veterina dan kekuatan bunyi (decibel) pula di antara 0.0525dB – 0.1578dB atau frekuensi 1khz – 16khz iaitu di bawah pendengaran manusia.

6. Adakah jangkitan penyakit seperti selsema burung boleh berlaku akibat industri burung walit ini.?

Buat masa sekarang bulum terdapat bukti berlakunya selsema burung melalui burung walit. Kerana burung walit adalah burung liar yang tidak bersentuhan atau berhubung dengan punca jangkitan tersebut.

Selesema burung tersebar disebabkan sisa kotoran najis di atas tanah yang dimakan oleh binatang ternakan seperti ayam sebaliknya burung walit mencari makan di udara. Namun, sisa kotoran najis burung di dalam rumah burung perlu dibersihkan secara berkala bagi mengelakkan hama atau penyakit lain boleh merebak.

Insyaallah bersambung dalam posting akan datang.

Tanam spesis tempatan Aquilaria Malaccensis : Spesis no.1 di Malaysia.

Tragedi rumah burung walit – Pengawal pusat ternakan walet mati ditetak.

Harian Metro Isnin 27 Disember 2010 – Segamat

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.