Teknik penanaman yang tepat dapat mengurangkan risiko kematian anak gaharu di ladang.

Baja pengalak akar anak benih digunakan semasa menanam akan mempercepatkan pertumbuhan yang sihat. Perlu di ingatkan bahawa semasa anak pokok di angkut keladang , akar pokok mengalami kecederaan. Bagi mengurangkan risiko kematian sebaiknya polybag anak pokok diletakkan dibawah teduhan selama 1-2 minggu sabelum tanam supaya dapat penyesuaian cuaca dan persekitaran setempat.

Jangan siram pokok beberapa hari sabelum tanam supaya tanah dalam polybag kering dan keras , hanya siram salepas tanam. Pilih hanya pokok yang kuat dan elok untuk tanam dahulu. Mana-mana pokok yang lemah perlu dirawat dahulu. Jika daun kuning dan luruh, guna baja daun supaya daun baru tumbuh semula.

Hanya batang pokok yang apabila dituris tiada tanda kehijauan iaitu kuning kering dianggap mati sapenuhnya. Masa tanaman paling baik ketika terdapat hujan dan panas berselang. Perlu teliti agar poiybag tidak pecan kerana jika tanah terburai dan akar rosak, kematian anak akan tinggi.

Berdasarkan pengalaman bagi mengurangkan kematian anak, tanaman gaharu dibuat dengan cara mengunakan pisau tajam untuk membuang bahagian bawah polybag, biarkan
bahagian atas polybag supaya tidak pecah dan melindungi akar. Buat tebukan
didalam lubang pokok untuk meletak polybag supaya polybag 1-2cm lebih rendah
dari paras lubang. Timbus lubang supaya 4-5cm lebih tinggi dari tanah keliling.
Lubang tebukan jangan buat ditengah supaya tanah tidak runtuh yang akan
merosakkan akar, biarkan polybag tersandar pada satu dinding lubang.

Biarkan lebihkurang sebulan sehingga akar pokok stable dan pokok dapat penyesuaian ersekitaran. Gali tanah dalam lubang secara cermat, gunakan gunting untuk membuang polybag bahagian atas agar akar pokok dapat bergerak secara bebas.

Gunakan kayu pancang dan ikat anak pokok pada kayu pancang agar pokok tidak tumbang dan akar tidak bergerak semasa angin kuat.

Anak pokok perlu teduhan, gunakan daun kelapa untuk melindungi panas petang bagi tahun pertama Sebab kematian : polybag pecah, air bertakung dan kadar kelembapan tanah terlalu tinggi (Bila terlalu lembab pokok diserang kulat. Gunakan ubat kulat seperti anvil atau anti kulat atau tumbukkan bawang putih (cara traditional).

Pokok Aquillaria punyai daya tahan yang kuat; jika akar cedera, daun gugur dan ranting kering tetapi kalau batang masih kehijauan, tunas baru akan tumbuh semula. Semasa musim hujan: pastikan tanah pada bahagian pangkal pokok lebih tinggi daripada tanah sekitar, buatkan laluan air agar air tidak bertakung Semasa musim panas; hanya perlu disiram beberapa hari sekali dan tidak memberi air beriebihan kepada akar supaya tidak mati.

Jangan tanam pokok diawal musim panas kerana pokok akan mengalami panas terik dan kekeringan.

About these ads

Posted on 31 July, 2010, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: