Kaedah dan teknik penanaman pokok gaharu.


Kaedah penanaman pokok gaharu terdapat berbagai cara. Secara prinsipnya kaedah penanman pokok gaharu sama juga kaedah penanaman pokk-pokok yang lain.

Kaedah biasa ialah penanaman biasa dengan tiada integrasi dengan tanaman lain. Kaedah ini pula boleh dilaksanakan pda jarak 2m X 2m diantara pokok dan baris. Jika kaedah ini diamalkan jumlah pokok boleh ditanam dengan jumlah 1000 pokok bagi satu ekar. (1 Hektar =2.4711 ekar).
Kaedah lain ialah melalui kaedah integrasi dengan tanaman lain.

Anak benih pokok gaharu perlukan teduhan oleh itu menanam pokok gaharu secara integrasi adalah sesuai . Pokok-pokok seperti durian ,duku , rambuatan, getah boleh menjadi teduhan kepada pokok ini. Anak pokok gaharu akan mernbesar dengan cepat bersama pokok lain yang ditanam secara integrasi tadi. Apa yang perlu dilakukan ialah apabila pokok gaharu mula membesar , dahan-dahan pokok yang menghalang sinaran cahaya matahari kepada pokok gaharu perlu dibuang.

Selain daripada itu kos diperingkat awal penanaman tanaman kontang seperti sayur , jagung, nenas dan pelbagai tanaman kontang lain sesuai ditanam bersama pokok gaharu. Penanaman bersama pokok getah perlu pengawasan rapi kerana rimbunan daun getah kadangkala sukar bagi pokok gaharu mendapat cahaya . Begitu juga dengan pokok kelapa sawit.

Penanaman secara tiga segi berkelompok ialah dengan cara menanam pokok dengan jarak antara pokok: 1.2 – 1.5m, dan jarak antara kelompok ialah 2 – 3m dan antara baris ialah: 2 – 4m. Cara ini akan mengurangkan kos dan masa semasa membuat proses Inokulasi nanti . Dimana kita hanya perlu membuat satu pelantar sahaja untuk membuat inokulasi tiga pokok sekali gus.

Pokok-pokok gaharu yang telah dibuat inokulasi nanti akan menjadi stress . Dengan itu ia akan mudah patah bila menerima tiupan angin yang kuat. Dengan tiga tiang sokongan ini ia akan menjadi lebih kuat dan tidak mudah tumbang. Kita juga boleh medirikan tiang penegak untuk satu kumpulan ikatan 3 pokok bagi mengukuh pokok.

Cara menanam pokok gaharu ialah dengan membuat i lubang: berukuran 40x40x40 cm. Campuran 50% tanah dan 50% sekam padi, pasir atau habuk kayu bagi melembutkan tanah sekiranya tanah tempat penanaman keras dan liat. Sekiranya tanah dalam keadaan subur baja peringkat awal mungkin tidak diperlukan. Tetapi sebaiknya dilapiskan dengan baja anak benih (NPK) yang boleh didapati dikedai.

.
Baja yang paling sesuai baja mikroorganik. Semasa menggali biarkan lapisan atas tanah diletak sabelah lubang. Kerja menggali mesti disiapkan satu bulan sabeium menanam. Najis lembu, tahi ayam atau burung walit (14% najis + 1%phosphate + tanah top soil) untuk menutup lubang. Jika mengguna NPK untuk baja asas guna kadar 25:58:17 dengan 5g. bagi satu lubang.Lubang perlu dimasukkan tanah berbaja 7-10 hari sabeium proses menanam. Tutupan lubang 2-3cm lebih tinggi dari tanah asal.

Bagi tanah hutan berpokok, jangan guna banyak baja kerana kadar protein yang tinggi akan menyebabkan pokok mudah sakit dan mati. Najis ayam baik tapi hanya dapat digunakan salepas pokok berusia 2 tahun.

About these ads

Posted on 30 July, 2010, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: