Bicara walit bicara jutawan. Kerana walit persahabatan terjalin. Demi walit terbubarnya hubungan

Saya melayari beberapa blog, polimik yang diwujudkan oleh blogers mencerminkan isihati masing-masing . Pada hal dahulunya mereka bersahabat baik. Persahabatan yang melampaui batas agama, bangsa dan negara itu cukup indah. Semuanya terjadi kerana satu maksud dan satu matlamat untuk mengembangkan ilmu membudidaya atau menternak burung walit. Ilmu yang didapati dari pembacaan, kajian dan pengalaman dikongsi bersama melalui forum, seminar, diskusi dan sebagainya.

Terbang kesana kemari semuanya itu dilaksanakan demi perkongsian ilmu walit. Tetapi demi ketamakan dan kepentingan dunia sahabat menjadi bubar. Persahabatan yang melampaui batas agama, bangsa dan negara  tadi telah tidak wujud lagi. Kondem,  kutuk , kritik dan sebagainya dilemparkan untuk mengatasi pesaing walau pun suatu ketika dahulu mereka adalah sahabat yang rapat. Perkara seperti ini terjadi kerana ingin mempopularkan diri dan ada maksud tersirat walaupun pernyataan tersuratnya tidak nampak maksud sebenarnya. Manusia, manusia …. betul lah ujian terbesar manusia tiga perkara ia itu wanita, harta dan tahta. Demi wanita sahabat musuh. Demi harta juga sahabat menjadi musuh. Demi pangkat dan darjat juga sahabat menjadi musuh.

Dunia walit dunia jutawan, nilai pasaran RM 12 billion setahun amat besar untuk dikongsi bersama.. Janganlah kita menjadi manusia yang terlalu tamak hingga menggangu bisnes orang lain. Takkanlah kita nak rebut semuanya sedangkan ianya anugerah Allah kepada makhluknya rajin berikhtiar dan berusaha. Hentikan segala polimik dan kembali norma untuk meningkatkan potensi dunia walit yang sangat hebat, dimana Allah anugerahkan hanya kepada penduduk nusantara sahaja tidak dunia lain.

Tiada siapa yang berhak mendakwa ilmunya lebih hebat daripada orang lain kerana semuanya milik Allah, manusia cuma mampu berusaha dan berikhtiar sahaja. Walaupun ikhtiar kita betul dari segi kaedah dan caranya, tetapi jangan lupa bahawa rezeki adalah milik Allah yang diberi kepada siapa yang dikehendakinya.

Dalam industri walit belum lagi ditubuhkan suatu badan yang boleh mengiktiraf ilmu seseorang sehingga ianya layak digelar pakar dalam bidang walit. Gelar diri sendiri bolehlah, macam naik lif tekan suiz sendiri. Siapa-siapa pun boleh buat. Buat sebuah rumah burung walit, kemudian burung walit datang bersarang mengangku jadi konsultan atau mendakwa cara dia buat semuanya betul. Jika orang lain buat tak ikut cara dia dianggap salah. Tapi yang dianggap salah tadi pun burung datang bersarang juga. Kadang-kadang apa yang dia buat kali pertama berhasil dan bila buat yang lain tidak menjadi pun. Dimana silapnya, adakah ilmunya salah, tidak! itulah dikatakan rezeki.

Jika anda mempunyai blog tulislah apa yang anda nak tulis, katalah apa yang anda nak kata, dakwalah apa yang anda nak dak dakwa kerana itu hak anda orang lain tidak boleh mempertikaikannya. Kerana mereka tidak bayar kepada anda.

About these ads

Posted on 21 November, 2008, in Uncategorized. Bookmark the permalink. 1 Comment.

  1. salam

    Membuat saya insaf… ada 3 perkara perempuan, tahkta & harta.. Insyallah saya akan ingat.

    -sam

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: