Meningkatkan nilaian harga tanah pertanian dengan menukar syarat tanah kepada kategori bangunan dengan syarat nyata mendirikan bangunan untuk memelihara burung walit.

Pembangunan tanah bagi pelaburan yang menguntungkan adalah menjalankan perusahaan menternak burung walit. Di Malaysia tanah dibahagikan kepada banyak kategori. Ada tanah di kategorikan sebagai tanah pertanian, tanah bangunan dan juga tanah industri. Tanah bandar dan tanah desa. Ada juga tanah Rezab Melayu dan tanah Pegangan Bebas. Biasanya tanah Pegangan Bebas ini ialah tanah yang melebihi 10 ekar yang dimiliki oleh bukan melayu. Walaupun semua tanah terikat dengan undang-undang Kanun Tanah Negara (KTN). Tetapi ia berbeza diantara satu negeri dengan negeri yang lain. Dalam hal-hal yang tertentu tiap-tiap negeri berhak mengadakan enakmen tanah masing-masing yang dilulukan oleh Dewan Undangan Negeri.

Pembangunan tanah untuk apa jua tujuan adalah tertakluk kepada kedua-dua undang-undang tadi. Ia itu KTN dan Enakmen Negeri masing-masing. Tanah dibawah kategori pertanian dengan syarat nyata getah, padi, kelapa sawit dan sebagainya. Ianya ditulis dengan jelas dalam geran tanah dan dinyata jenis-jenis pertanian yang boleh diusahakan diatas tanah tersebut. Sekiranya tanah pertanian dengan syarat nyata getah hendak ditanam dengan kelapa sawit hendaklah ditukar syarat terlebih dahulu kepada kelapa sawit. Jika tidak berbuat demikian biasanya institusi kewangan tidak akan membiayai projek tersebut.

Berbalik kepada pembangunan tanah pertanian untuk projek menternak burung walit tanah tersebut seharunya ditukar syarat daripada kategori pertanian kepada kategori bangunan. Manakala syarat nyatanya hendaklah “ Mendirikan bangunan untuk memelihara burung walit”. Didalam Kanun Tanah Negara ada dinyatakan bahawa tanah pertanian boleh didirikan sebuah bangunan untuk tujuan pertanian. Bangunan yang dimaksudkan adalah bangunan kediaman petani atau untuk maksud menjalankan aktiviti pertanian yang lain diatas tanah tersebut, seperti stor baja dan sebagainya. Mungkin bagi maksud mendirikan bangunan untuk tujuan menternak burung walit tidak dikategorikan sebagai aktiviti pertanian sepertimana yang dilaksanakan oleh Pengarah Tanah dan Galian, Terengganu. Terengganu tanah pertanian boleh ditukar syarat kepada bangunan dan syarat nyata tanah adalah ” mendirikan bangunan untuk memelihara burung walit”.

Permohonan kelulusan pelan bangunan daripada pihak berkuasa tempatan khususnya dalam kawasan operasi Majlis Daerah hendaklah terlebih dahulu menukarkan kategori dan syarat tanah sepertimana yang saya nyatakan diatas. Namun begitu ramai pengusaha yang tidak mahu berbuat demikian. Ini akan menyebabkan Pihak Berkuasa Tempatan atau Majlis Daerah tidak akan mengeluarkan CF atau sijil layak menduduki keatas bangunan tersebut. Keadaan ini berkemungkinan akan menimbulkan masalah sekiranya projek tersebut hendak mendapat pembiayaan institusi kewangan.

Perkara kedua yang harus diingat adalah nilai pasaran harga tanah pertanian adalah jauh berbeza dengan nilai pasaran tanah bangunan. Tanah pertanian yang mempunyai keluasan kurang daripada I ekar tidak boleh di pecah sempadan kepada lot-lot yang lebih kecil, manakala tanah dalam kategori bangunan boleh dipecah sempadan kepada lot-lot yang lebih kecil. Dengan itu harga tanah adalah jauh lebih tinggi berbanding dengan tanah pertanian tadi.

 Kos untuk menukar syarat tanah daripada daripada pertanian kepada bangunan dengan syarat nyata mendirikan bangunan untuk menternak burung walit tidaklah mahal berbanding dengan peningkatan harga keatas nilaian tanah tersebut. Permohonan tukar syarat tanah boleh dibuat di Pejabat Tanah dimana tanah tersebut berada. Bayaran permohonan hanyalah RM52.00 untuk carian sijil rasmi tanah, pelan tanah dan bayaran proses. Manakala bayaran premium yang akan dikenakan selepas permohonan diluluskan adalah dikira 5% daripada harga nilai pasaran tanah sebelum ditukar syarat . Nilaian harga yang digunakan ialah nilaian yang dibuat oleh Jabatan Penilaian Harta. Sekiranya nilaian harga tanah tersebut RM50,000.00. Bayaran premium tambahan untuk  kelulusan tukar syarat tersebut adalah RM2,500.00 sahaja. Tetapi nilaian harga tanah kita nanti bertambah berlipat kali ganda.

About these ads

Posted on 30 October, 2008, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: